Friday, April 7, 2017

"BOLEH KE SUAMI SAYA DIJAMIN KELUAR?"



Bagi kes jenayah, semua kes boleh dijamin keluar sementara menunggu bicara. Kecuali 3 situasi;
1. Kes melibatkan hukuman mati;
2. Kes melibatkan hukuman seumur hidup; dan
3. Warga asing.

Bagi lain-lain kategori, jaminan boleh diberikan atas kuasa budibicara Mahkamah walaupun pihak pendakwaan tidak menawatkan jaminan atas sebab kesalahan yang melibatkan senarai tertentu.

Ada juga jaminan tidak diberikan kerana alasan tertentu tetapi masih boleh dirayu dan dimohon agar diberikan jaminan dengan syarat-syarat tambahan sebagai mengukuhkan permohonan.

Kes melibatkan hukuman mati dan hukuman seumur hidup tidak dibenarkan jamin kecuali melibatkan orang kena tuduh itu tua dan uzur yg kronik. Sebagaimana kes tunggal di Malaysia kes PP vs. Balwant Singh (saya dalam kes tu).

Manakala kes melibatkan warga asing, dibenarkan jaminan dengan syarat penjamin tempatan dan juga syarat-syarat tambahan jika perlu.

Jika warga asing berkenaan mempunyai masalah dokumentasi imigresen, jaminan tidak akan dibenarkan.

Wallahua'llam

NOTA: Tidur dulu dengan nyamuk. Nak balik KL ke nak jumpa Abah dulu?
 — in Kuala Krai.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►