Friday, April 7, 2017

"BOLEH KE PENJAMIN DI BANKRAPKAN?"


Boleh. Status perundangan penjamin adalah sama dengan pihak utama yang memasuki kontrak tersebut. Samada kenal atau terlibat bersamanya, setelah tandatangan sebagai penjamin, maka anda bertanggungan sebagaimana pihak utama.

Pihak yang menanggung rugi atau menuntut boleh memulakan prosiding ke atas keduanya, pihak utama dan penjamin secara berasingan atau secara bersama.

Malah 'lebih nakal' Plaintif mempunyai hak dakwaan dan boleh memilih siapa ingin dituntutnya atau digugurkan dakwaan atau tuntutan.

Soal bankrap, kalau hutang atau penghakiman asal atau semasa melebihi RM30,000.00 maka prosiding kebankrapan boleh dimulakan ke atas pihak anda.

Nak lawan prosiding kebankrapan ada 3 cara;

1. Lawan dari sudut perundangan. Lantik lawyer dan hantar dia gi 'perang';

2. Bayar separuh atau mana-mana amaun yg dipersetujui;

3. Bayar penuh bai!

NOTA: Gambar masa dapat seat VIP akhir Pendekar Muda TV Al Hijrah. "Jangan kata abam tak khemahkan"
 — with Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan SH Malaysia at Masjid Bentong, Pahang.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►