Friday, April 7, 2017

BICARA KES PUKUL SEKSYEN 323 KANUN KESEKSAAN | ADA SAHABAT UNTUK INGATKAN KITA



Alhamdulillah, semalam di Mahkamah Tinggi Perlis untuk kes rayuan seksyen 326 Kanun Keseksaan. Hari ini bergegas pulang untuk kes Bicara seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sepang.

Kalau tengok pada permainannya, kami belum bercuti lagi tahun 2017 semenjak awal tahun baru. Kalau semalam bidangkuasa mahkamah dan peruntukan lebih tinggi, hari ini ada sedikit downgrade berlaku.

Alhamdulillah, bak kata rakan saya "charge client rendah pun, rezeki masih berjalan. Baik dari takde".

Selepas habis di Mahkamah sempat bertemu rakan lama. Selama mana, iaitu selama kami kenal sejak 1985 dan menjadi teman sepermainan sejak itu. Sekarang dia pun dalam bidang perundangan dalam sistem yang berbeza.

Kebetulan musim demam cuti sekolah, dia pun cuti sempatlah berbual lama sehingga kafe nak tutup. Banyak benda dibualkan, Tetapi nak pendekkan cerita, ada sahabat ramai atau sedikit, ia amat bagus terutama dalam mengingatkan kita banyak benda.

Baik atau buruk dinyatakan dengan baik agar kita tidak tersasar dan teguran atas kebaikan. Bukan sekadar rakan yang menyatakan perkara sedap di halwa telinga dan mengambil hati.

Apa yang lebih penting, gambar ini muatnaikkan khusus untuk kasi panas beberapa sahabat yang lain. hahaha :P

Asiah Ismail Khadijah Abdul Rahman Fathi TehiRafezam Abu Nong Dhiya Hayati Wan Khairul Wan Ali Rozita Hashim Keli Sungai Us Lib Hanifah SallehMaskah Mustafa Suhaimi Che Hashim Adam AbuyaAbuya Adam Fauzi Muhammad dll

Hisham Nazir & Cronies
Subang Jaya & Sungai Petani
www.hishamnazir.net
+6013-9307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►