Friday, April 7, 2017

PERMULAAN BAIK UNTUK DI UTARA


Alhamdulillah, selesai finalise beberapa Saman dan Pernyataan Tuntutan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani untuk di awal Tahun 2017. Baru serahkan untuk klien sebelum kertas kausa difailkan. Terkojut dio terima melalui whatsapp waktu-waktu lagu ini.

Nak buat macamana, terpaksa curi masa kerana kekurangan sumber tenaga dan kekangan masa ekoran dalam musim final exam di UiTM, bak kata kawan saya; "kao sekarang jomblo ditinggal pergi"

Saya tidak faham!

Saya berharap perancangan perintis untuk utara akan berjalan baik untuk membantu setakat mana boleh kepada kebaikan semua terutama membantu saya sendiri yang berulang alik ke utara untuk menghadiri meeting/diskusi serta kes di sana sebelum ini.

Semua orang ada permulaan yang baik dan lebih baik. Jangan memandang suatu yang buruk dan negatif sebagai kekurangan tetapi sepatutnya dilihat sebagai kelebihan dan peluang. Ini pesan Abang Aaron Aziz a.k.a Malique Malik yang dipegang rapat.

Lagipun setiap yang hilang akan diganti dengan perkara lebih baik. Allah jua lebih tahu mengenainya. Setiap hari adalah permulaan yang baik untuk kita. Maka mulakan dengan terbaik!

Okay! masa untuk balik tidur..

Hisham Nazir & Cronies
Subang Jaya & Sungai Petani
www.hishamnazir.net | www.hishamnazir.com
+6013-9307961
 — feeling exhausted at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►