Monday, March 23, 2015

PENYELESAINYA HANYA SATU IAITU POLIGAMI


PENYELESAIANMU HANYA POLIGAMI

Saya masuk ke bilik bar sebuah Mahkamah. Nampak 3 orang peguam dan 2 orang awam membuat perbincangan agak emosi. Saya tanyakan samada boleh masuk. Mereka benarkan. Saya berada bersama fail-fail mahkamah saya sepanjang perbincangan mereka.

Ternyata 2 orang peguam berbangsa india iaitu seorang lelaki dan perempuan adalah peguam kepada Responden Isteri yang juga berbangsa India. Manakala peguam wanita melayu adalah peguam kepada Pempetisyen suami yang juga seorang india. Kedua orang awam berkenaan masih suami isteri dan beragama hindu.

Saya tidak concentrate kepada perbincangan mereka tetapi saya well trained oleh arwah atuk-atuk dan abah agar alert semua benda. Apa yang saya tahu butiran lenggok badan dan bahasa walaupun perbincangan dibuat separuh melayu separuh tamil.

Ringkas cerita, suami failkan perceraian. Isteri enggan bercerai dalam apa jua keadaan. Suami kemukakan banyak alasan dan sebab. Isteri enggan menjawab dan enggan cerai.

Kata suami mudah, saya ingin cerai. Alasan sudah dibentangkan. Peguam semua setuju bahawa apa jua alasan atau tanpa alasan, akhirnya Yang Arif tiada pilihan akan membenarkan cerai antara mereka lebih-lebih lagi tiada isu harta perkahwinan dan anak-anak perkahwinan dipertikaikan. Anak suami sanggup serahkan kepada isteri dan tanggungan kewangan akan dibuat suami termasuk kaveat pada KWSP kepada anak-anak perkahwinan pada masa hadapan.

Isteri tiada modal jawab.
Katanya dulu dia kahwin saya, dia suka saya. 
Sekarang ada orang lain, tak sayang langsung ke saya.
Gaduh takde, sikit saja ada. Biasalah suami isteri.
Dia ambil saya virgin. Dara lagi. Sekarang sudah 30 tahun, tak dara, anak-anak lagi. Siapa mahu saya ambil sebagai isteri. Mahu ke saya kahwin lagi.
Saya tahu dia ada perempuan lain. Cantik muda.
Mak dia pun sokong dia.
Saya tak pernah salahkan dia, mak dia ka perempuan tu.
Tapi saya bagaimana?
Nasib saya, anak-anak saya.
Tidak boleh ke dia fikir waktu saat bahagia, agar tukar fikiran.
Saya sembahyang. Doa agar dia balik kat saya dan anak-anak.
Saya lari rumah, kecewa tapi saya tak mahu cerai.
Saya sayang keluarga ini. Saya sayang anak-anak
Saya masih sayang dan boleh terima dia.

Wajah lelaki si suami serba salah. Waktu ini saya melihat wajahnya. Sugul. Serba salah amat dalam. Dia masih ada janji mungkin dia dengan wanita lain. Dengan ibu, serta komitmen lain setelah harungi masalah yang ada dalam perkahwinan ini.

Saya tafsirkan wajahnya masih ada sayang mahupun ehsan pada wanita ini dan anak-anak yang tidak hadir hari ini. Persoalan anak okeh peguam india dijawab ringkas dan tepat. Dia masih sayang anak-anak. Bukan niatnya untuk mempersiakan baki hidup wanita ini. Bukan sayang lenyap semuanya.

Tetapi sebagaimana Hakim kelak, dia juga tiada pilihan. Lelaki memang begitu. Cinta lelaki tak bernilai kata wanita kerana dia boleh jatuh cinta merata rata. Tetapi yang penting tanggungjawab, kalau itu Islam pentingkan. Tetapi dalam kisah ini, perundangan melarangnya berbuat sedemikian.

Bab kata orang cina yang nakal, nak simpan boleh. Bini satu saja!

D sini hebatnya perancangan Allah buat berdasarkan emosi dan fisio manusia mengikut gender. Keselarasan yang membawa maksud adil dalam Islam. Allah lebih tahu mengenai kita. 

Kalau ditanya saya penyelesaian kisah ini. Redha jawapan terbaik..

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"

16.02.2015
 — at Hisham Nazir & Co.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►