Friday, November 21, 2014

"selepas ini mungkin kita" - Peguam Jenayah


Bila melawat Arwah di Hospital Serdang
Saya statuskan bagaimana usia saya dan rakan2 dah tua
Ramai dah mulai sakit-sakit
Syukur buat sedikit ruang kesihatan Allah berikan.

Rakan saya itu telah meninggal dunia semalam
Dikebumikan selepas zohor tadi
Baru pulang dari solat jenazah dan pengebumian Arwah
Sama-sama mendoakan agar Allah ampuni dosa Arwah dan merahmatinya.
Sama-sama kita lafazkan ingatan
"selepas ini mungkin kita"

Sayu melihat anak-anak yang ditinggalkan.
Lemah kaki anak yang pulang jauh hanya melihat ayah sudah siap dikapankan
Begitu juga kita barangkali kelak
Semuanya mudah bagi Allah.

Sesungguhnya mati itu tazkirah yang baik kepada yang hidup..
— at Hisham Nazir & Co.

https://www.facebook.com/pages/Hisham-Nazir-Co/150937861626574

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►