Thursday, June 5, 2014

Pernyataan Saksi




Pernyataan saksi atau Witness Statement ataupun dipanggil Question & Answer (Q&A) disediakan bagi saksi peguamcara bagi membolehkan prosiding mahkamah lebih cepat. Salinan soalan dan jawapan kemukakan di Mahkamah semasa saksi berkenaan dipanggil sebagai saksi. Dokumen berkenaan akan ditandatangani oleh Saksi di hadapan Hakim.

Kebanyakan penggunaan dokumen ini di gunakan dalam kes melibatkan tuntutan sivil. Sekarang ini ada permohonan dalam kes jenayah tetapi masih kurang kerana keterangan terus daripada saksi dalam kes jenayah lebih baik. Tetapi pandangan peribadi saya, saya juga tidak membantah penggunaannya dalam kes jenayah yang terhad kepada isu dokumentasi seperti kes jenayah komersil sahaja.

Isu demenour masih lagi kerana masih ada peluang untuk menyoal balas dan juga soal semula. Dalam kes sivil, Q&A tidak memberikan impak besar kepada demenour memandangkan tugasan saksi untuk mengukuhkan pliding sahaja.
◄ Newer Post Older Post ►