Monday, June 16, 2014

Kaveat


Kaveat boleh dirujuk kepada Kanun Tanah Negara yang memberikan hak mana-mana pihak memasukkan kaveat iaitu satu halangan kepada mana-mana pihak termasuk pemilik tanah untuk mencagar, memindahmilik dan membuat apa jua transaksi ke atas tanah berkenaan. Terdapat 4 jenis kaveat yang boleh dimasukkan ke atas mana-mana tanah;

satu kaveat yang dimasukkan oleh Pendaftar terhadap kepentingan kerajaan (kebiasaannya) atau individu tertentu.

Kaveat yang dimasukkan atas tujuan dan sebab amanah ke atas tanah berkenaan.

Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau syarikat/organisasi tertentu atas sebab-sebab tertentu yang dinyatakan dalam borang dan surat akuan yang dikepilkan bersama semasa permohonan. Kaveat ini boleh dibuat oleh mana-mana orang dan bertahan selama 6 tahun.

Kaveat ini dimasukkan oleh badan tertentu (kebiasaannya) terutama badan kewangan melibatkan cagaran dan hutang kepada badan berkenaan. 

Selain kaveat persendirian, kaveat bertahan selama mana di daftarkan.

Boleh tanah berkaveat di lelong oleh Pelelong atas sebab cagaran atau gagal membayar hutang?
Boleh dilelong dan dibida oleh Pembida dalam lelongan. Tetapi untuk memindahmilik tanah berkenaan, kaveat tetap perlu dilupuskan atau dikeluarkan oleh Pembida.

Bagaimana kaveat boleh dikeluarkan daripada daftar?
Boleh luput bila tempoh masa telah tamat;
Boleh dimohon melalui Mahkamah Tinggi dan diperintahkan kepada Pendaftar untuk dikeluarkan;
Melalui pejabat tanah (rujuk balik pejabat tanah); dan
Dikeluarkan oleh pemohon asal.

Boleh satu perintah keluarkan kesemua kaveat di dalam daftar tanah tersebut?
Tidak boleh. Satu permohonan hanya boleh dibuat kepada satu kaveat. Tetapi permohonan boleh dibuat sekali gus kepada semua kaveat dalam satu permohonan dan memberikan kesan berlainan kepada kaveat-kaveat. Perlu diingatkan bahwa situasi kaveat yang banyak melibatkan pengkaveat berlainan. 

Penerangan tidak lengkap, sekadar apa yang terlintas di masa ini. Semoga menjadi rujukan asas sahaja.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►