Wednesday, October 24, 2012

Kecewa Dengan Cinta Itu Bodoh!


Dalam Facebook nampak ada beberapa ayat cintan-cintun macam kecewa. Ada cinta monyet dan kecewa pasal hidup yang tidak selari dengan kehendak. Lain yang diidamkan, lain yang Allah tentukan. Uichi Gaban menjawab;
"Bukankah Salman Al Farisi pernah mengilai seorang muslimah yang baik dan cantik. Kemudiannya mengutuskan sahabatnya Abu Darda untuk meminang muslimah tersebut. Tetapi bapa muslimah tersebut menyatakan hanya mahu menjodohkan anaknya kepada Abu Darda tanpa mengenali sahabat Rasullulah SAW itu.Mereka dikahwinkan, tetapi adakah itu mengecilkan hati Salman Al Farisi?. Sudah tentu TIDAK sebab mereka percaya atas iman mereka yang Allah SWT jua menentukan jodoh dan perancangan terbaik Allah berikan kepada mereka."
Selepas graduate daripada Universiti dengan Sarjana Muda Kepujian, Uichi Gaban teruskan dengan Master. Bukan budak bijak tetapi dengan sedikit tugasan kerja harian, Uichi Gaban diberikan peluang untuk ketengah dalam bidang yang Uichi Gaban sertai. Nama Uichi Gaban dilaporkan di media massa dan juga eletronik.

Tetapi apabila begitupun, bila Uichi Gaban tidak pernah berjaya memasukki ke dalam sektor yang Uichi harapkan dapat samada sebagai pegawai mahupun tenaga pengajar. Kecewa dan terasa kecil biarpun nama mula memanjat ke atas.

Selepas bertahun-tahun, Uichi Gaban mula nampak sememangnya ada sebab kenapa impian kita tidak dilaksanakan. Allah jua perancang yang hebat.

"Tiada Tuhan Melainkan Dia. Dan keatasNya Aku Berserah. Dan Dia memiliki Arasyh yang Hebat"



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►