Wednesday, October 31, 2012

Bunuh: Mahkamah Rayuan Kekalkan Keputusan Mahkamah Tinggi Bagi Kes Bunuh

Putrajaya: Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuan pihak Jabatan Peguam Negara bagi satu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membebaskan dan melepaskan kedua-dua responden di dalam berkenaan tanpa dipanggil membela diri di bawah pertuduhan seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mahkamah Rayuan memutuskan rayuan pihak pendakwaan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2010 tersebut adalah tidak bermerit dan atas kegagalan pihak pendakwaan menghubungkan keterangan persekitaran dengan responden-responden bagi pertuduhan bunuh, pihak Mahkamah Rayuan meneliti kesemua dapatan dan pertimbangan pihak Mahkamah Tinggi telah dibuat sewajarnya. Kesemua fakta yang digunakan bagi menghubungkan keterangan persekitaran telah dipatahkan melalui soal balas peguambela yang mewakili mereka di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan hari ini, Encik Hisham Nazir.

Mahkamah Rayuan membacakan keputusan ringkasnya yang panel diketuai oleh Yang Arif Dato' Seri Apandi Ali.


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►