Friday, June 17, 2011

Allah SWT Yang Menentukan Rezeki Perniagaan


Menurut kajian dan soalselidik yang dijalankan seorang tukang kasut boleh  menikmati gaji dan pulangan kerja sebanyak RM5,000.00 sebulan yang mana jauh lebih tinggi daripada gaji seorang guru kanan. Ini dikatakan rezeki. 

Kita mungkin memandang sepi kepada Indon-indon yang mencari rezeki halal ditepi kaki lima. Tapi kalau pakcik dan apek tua di Alor Setar boleh mendapat upah seminima RM3,000.00 sebulan. Berapa agaknya indon yang kerja mati-matian di bumi Malaysia ini.

Uichi Gaban bukan ingin bercerita tentang tukang kasut tetapi ingin berkongsi bagaimana hebat Allah dalam mengagihkan rezeki kepada hambaNya. Terutama dalam perniagaan. Hebat betul janji rezeki melalui perniagaan ini.

Salah satu amalan dan zikir rezeki menjadi pegangan orang lama ialah satu ayat Quran antara lain bermaksud "Ini adalah apa yang direzekikan kepada kami dan ia(rezeki) tidak akan berkurangan sedikitpun"

Selagi kita bertakwa, bukankah Allah telah menjanjikan rezeki dari sumber yang tidak disangka. Ingat janji itu kerana itu adalah janji yang pasti. Maka pasrah dan redha dengan ketentuan Allah dalam masa yang sama menjalani kehidupan beribadah amatlah suatu yang memastikan rezeki anda. Dari sudut logik, ia bukan suatu yang senang untuk kaitkan ibadah luar dengan rezeki, tetapi itulah kehebatan tersirat dalam kehidupan ini yang melangkaui pemikiran kita.

Sempat bersama seorang tukang kasut tua selama 15 minit. Selalu juga melihatnya, seorang lelaki tua bersama tong kayu kecil jadi peneman. Tiada hurungan pelanggan. Tetapi pengalaman 15 minit bersamanya mengatakan sebaliknya.

Tiada pelanggan di mata kasar tetapi rezekinya lebih hebat dari Uichi Gaban. dalam 15 minit Uichi Gaban melihat perniagaannya mampu mengutip RM100-200. Bukan duit menjadi sandaran takjub tetapi bagaimana pandangan kasar manusia tertipu dengan realiti rezeki yang mana Allah jua Pemberi Rezeki.







4 komen:

ijja1912 said...

Salam,

Terima kasih sudi mengunjungi blog saya, jika senang, boleh datang lagi.

Gambar ini sangat cantik..wahh!!

SH said...

Sama-sama. Ada masa singgah lagi

Nieda said...

Salam tuan punya blog.
Gambar ni memang wujud di pekan berhampiran tempat tinggal saya.

SH said...

Ini memang gambar betul. Rasanya di area pekan rabu kan? Ini gambar bukan saya snap tapi saya ambil dalam internet juga

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►