Monday, June 20, 2011

Takziah Kepada Keluarga Zami Ismail Daripada Peminat "Sssyy..."


Takziah buat keluarga Zami Ismail yang lebih glamer dengan panggilan Pak Uda daripada sitcom Pi Mai Pi Mai  Tang Tu atas pemergian Arwah Zami menghadap Illahi semalam di Institut Jantung Negara.

Selaku peminat sitcom berkenaan, kehilangan arwah amat dirasai ekoran kemeriahannya dalam sitcom amat popular berkenaan. Uichi Gaban pun selalu menggunakan lawak-lawak landmark Arwah dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dalam sitcom itu, Arwah diberikan beberapa stail dan pergerakan landmark tersendiri yang menjadikan nama Pak Uda teguh di bibir peminat sitcom berkenaan. Antaranya:

  • Baju kemeja butang senget;
  • Cara berjalan semacam berlari dengan keadaan tegap;
  • Cara cakap macam Yang Berhormat tapi lembik dengan Abang Longnya, Mohammad Ismail dan bini sendiri;
  • Jenis mudah panik;
  • Selalu dimainkan atas dasar kependekannya;
  • Dan beberapa yang lain yang mungkin kawan-kawan boleh kongsikan.

Selaku anak muda yang membesar dengan sitcom berkenaan, Uichi Gaban masih ingat episod pertamanya. Sitcom yang mulanya ditajukkan sebagai "SSYYYS..." adalah  berlatarbelakangkan kawasan sebuah kedai makan/kedai kopi yang diusahakan oleh Maimunah (kalau tak silap) di tengah kawasan setinggan di Kuala Lumpur. Masa tu dan sehingga kini Budin cukup terkenal dengan malas kerja dan penganggur. Manakala Mat Busu terkenal dengan watak pekerja DBKL yang pada episod awalnya adalah pekerja malam DBKL bahagian "angkutan".

Kawasan setinggan itu pula ada sungai kecil yang mana dalam satu episod mereka semua gila mencari emas apabila terjumpa beberapa batuan seperti emas di sana sehingga keputusan makmal menunjukkan sebaliknya. Orang lama mesti ingat episod itu.

Selepas pembangunan dibuat di situ oleh DBKL, mereka mendapat penempatan baru di Flat Seri Wangi yang mana latarbelakang kedai kopi milik Mak Uda dan Pak Uda serta tambahan jiran agar lebih nampak Malaysia majmuk apabila kedai sekolah memandu Ravi dan saloon Lucy ditempatkan di bahagian tepi. Masa ini simata-mata iaitu Wan Ismail Golok dimasukkan dengan watak suka cakap besar dan hero kawasan berkenaan ditambah dengan kemerduan hero hindustan Cik Mat.

Pejam celik, pelakon semua dah tua. Sakit dan meninggal. Uichi Gaban pun dah beranak pinak. Cepat masa berlalu.. Selamat menjaga kesihatan!


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►