Monday, March 14, 2011

Apa Itu Penyampaian Ganti?



Waduh! Lama sungguh Uichi Gaban tak sentuh blog sendiri ni.. nak kata sibuk dok demontrasi ngan lawyer lain.. itupun tak sempat juga...

Kesempatan yang sedikit amat ini Uichi Gaban cuba coretkan sedikit sebanyak mengenai praktikal perundangan dan juga beberapa isu pelik lagi aneh (kalau istilah itu boleh digunapakai).

Dua hari lepas, Mahkamah terlalu sendat dan dalam meneliti para peguam membuat persembahan mereka di hadapan Mahkamah dan kawe menunggu untuk melakukan perkara yang sama, tetiba pulak ada pakcik sebelah merungut "Penyampaian ganti tu menatang apa rimau lak?".... Jadi minta maaf lah pakcik, Uichi Gaban tengah panas masa itu, tiada masa nak terangkan... Jadi tanya lah peguam pakcik!

Dalam memulakan tindakan terhadap mana-mana Defendan, kebiasaannya alamat Defendan yang menjadi alamat penyerahan adalah bergantung kepada beberapa keadaan seperti alamat terakhir, alamat kontrak, alamat berdaftar, alamat perniagaan, alamat kad pengenalan dan beberapa cara lagi. Secara umumnya, syarikat akan diserahkan apa jua kertas kausa perundangan kepada alamat berdaftar mahupun alamat perniagaan sebagaimana yang diperolehi melalui carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (carian boleh dibuat oleh semua orang dengan bayaran RM10). Manakala individu pula akan ditentukan melalui alamat kontrak mahupun carian alamat kad pengenalan (carian boleh dibuat di JPN dengan bayaran RM5 sahaja).

Namun, kebiasaannya penyerahan saman mahupun kertas kausa lain akan bermasalah sekiranya ingin dibuat ke atas individu ataupun syarikat yang tidak aktif lagi. Masalahnya timbul apabila pihak Bank (tuntutan kontrak) tidak update alamat terkini pihak Defendan dan bergantung penuh kepada alamat di dalam kontrak yang telah dimasukki 3-10 tahun yang lepas. 80 peratus klien mereka telah berpindah. Malah dalam beberapa kes, rumah pun dah dirobohkan..

Masalah melalui kontrak sebegini biasanya berlaku kepada kontrak yang dibuat sebelum tahun 2002 yang mana secara amnya selepas tahun 2002 kebanyakkan bank telah menggunakan klausa bahawa penyerahan kertas kausa perundangan melalui Pos Berdaftar dan dianggap penyerahan sempurna selepas 3-8 hari pengeposan tersebut kepada alamat yang dinyatakan di dalam kontrak tersebut.

Dalam isu individu yang tiada kaitan dalam kontrak, biasanya kertas kausa diserahkan ke alamat yang diketahui dan/atau alamat yang dinyatakan di dalam kad pengenalan mereka yang boleh diperolehi melalui carian atau salinan yang Plaintif ada.

Apabila serahan kertas kausa gagal disempurnakan ke atas Defendan atau Responden maka pihak Plaintif boleh memohon kepada Mahkamah yang Mulia melalui Notis Permohonan (Mahkamah Majistret & Sesyen) dan Saman Dalam Kamar (Mahkamah Tinggi) serta Notis Usul (Mahkamah Rayuan & Persekutuan) dengan disertakan alasan yang munasabah dan AMAT konkrit kenapa satu Perintah penyampaian ganti perlu dibenarkan kepada pihak Plaintif. Kesemua alasan dan sebab ini dinyatakan dengan jelas melalui Afidavit Sokongan berserta ekshibit-ekshibit yang perlu.

Kebiasaanya Perintah Penyampaian Ganti akan diberikan kepada Plaintif dengan mengenakan syarat khas bagi membolehkan penyampaian kertas kausa tersebut dianggap sempurna. Antara syarat biasa dalam amalan perundangan Malaysia;

  1. Pengiklanan dalam Suratkhabar Harian (suratkhabar macam warta perdana, URTV tidak dibenarkan tetapi cubalah minta kalau nak tahu apa kata Mahkamah :) );
  2. Penampalan di papan Notis Mahkamah;
  3. Penampalan di Alamat Terakhir Defendan;
Merujuk kepada 1,2 dan 3 di atas, ada juga beberapa budibicara pihak Mahkamah yang Mulia yang dikenakan ke atas Plaintif. Seperti Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman XXXXX (semasa di Mahkamah Sesyen) pernah mengarahkan Plaintif mengiklan penyampaian ganti kepada saman di beberapa akhbar khas seperti Tamil Nesan kerana Defendan berbangsa india.

Berkisar kepada konsep budibicara Mahkamah ini, ingin diingatkan bahawa setiap Mahkamah mempunyai pentadbiran dalaman tersendiri dan mempunyai Hakim Kanan. Maka mungkin ada amalan yang sedikit berbeza berbanding dengan mahkamah di tempat lain. Seperti di Kuala Lumpur, penampalan di Papan Notis Mahkamah dan alamat terakhir Defendan dilihat tidak praktikal lagi dan digantikan dengan mengeposkan ke alamat terakhir sahaja beserta iklan di akhbar harian sahaja.

Amalan biasa, penyerahan melalui penyampaian ganti adalah sempurna selepas 14 hari iklan di akhbar harian. Tetapi tempoh masa ini masih boleh dikategorikan sebagai budibicara pihak Mahkamah.

Artikel ini RePrint daripada Artikel terdahulu.









6 komen:

Abi said...

klausa,kausa?? ^__^

SH said...

haha.. sakit hati bila lawyer kena. Agrement juta2 klausa pun kicik!

Anonymous said...

I love u. Thank u.

Anonymous said...

Sham, bila masa lak JC duduk kat Mahkamah Sesyen??? JC kt high ct nun !

SH said...

JC masa tulis. Kan ada dalam braket tu kata tindakan semasa dia jadi session Court Judge

Unknown said...

selepas dah settle penyampaian ganti ie tampal pada board perlu ke masukkan affidavit penyampaian? boleh share proses seterusnya? heee..tq

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►