Wednesday, February 23, 2011

Ustaz Menjawab Isu Allah SWT Tidak Memakbulkan Doa.


Kata Tok Guru Ustaz Pondok Pasir Panjang yang Allah SWT telah memberikan jaminan melalui Al Quran bahawa "Berdoalah kepadaku , Maka akan ku kabulkan permintaan kamu". Adakah isu ada perbezaan pandangan mengenai jaminan ini.

Tok Guru ini memberikan penerangannya di Surau Ar Rahmah seketika dahulu yang mana Allah SWT pasti dan mesti mengkabulkan permintaan anda selaras dengan permintaan itu tetapi katanya perlu diingatkan bahawa rancangan Allah SWT adalah terbaik maka memakbulkan doa itu tertakluk kepada (subject to) keadaan dan kemampuan manusia itu sendiri. 

Tok Guru itu memberikan contoh kahwin ramai (poligami). Buat hadirin termasuk wanita di belakang tergelak besar. Katanya, ada orang tua.Ada harta dan rupa berdoa nak kahwin lagi. InsyaAllah akan dikabulkan permintaan itu tapi dikabulkan doa itu bukan semestinya dapat kahwin lagi tetapi Allah melihat juga kalau dah kencing manis darah tinggi berderet, mahu janda cepat bini muda tu. Maka Allah memakbulkan apa yang terbaik untuk anda. 

Katanya, nak masuk universiti pun ada syarat. tak semestinya pilihan utama kita dapat.

Dua malam yang lepas pula di Surau Al Syakirin Taman Puchong Utama, Ustaz Hasnul Hizam dalam menghuraikan mukadimah kitab Hadis Mishkat Al Masabih turut menerangkan mengenai Allah SWT akan dan wajib memakbulkan doa-doa orang yang berdoa kepadaNya berdasarkan janji Allah melalui Quran itu. 

Tetapi katanya, Allah SWT memakbulkan doa kita dalam 5 keadaan;
  • Ada doa dimakbulkan sebagaimana yang diminta;
  • Ada doa dimakbulkan lebih daripada apa yang diminta;
  • Ada doa dimakbulkan kurang daripada apa yang diminta;
  • Ada doa dimakbulkan dengan menolak bala dan kecelakaan ke atas kita daripada Qada' Qadar; dan
  • Ada doa dimakbulkan dengan menyimpan doa itu untuk dimakbulkan di akhirat kelak.

Maka benarlah doa itu satu senjata paling tajam. Kenapa ingin berhenti.




0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►