Monday, September 20, 2010

Nelayan Dituduh Mengedar Dadah


Ipoh: Seorang nelayan daripada daerah Manjung dipertuduhkan di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi satu kesalahan mengedar dadah di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Pemuda berumur 28 tahun yang berasal daripada Manjung itu bekerja sebagai nelayan dan ditahan oleh sepasukan polis daripada Unit Narkotik Ibupejabat Polis Daerah Manjung pada tahun 2007 dalam satu serbuan di hadapan rumah tidak bernombor yang turut menjumpai satu beg plastik berisi dadah di dalam raga motosikal beliau.

Semasa tangkapan dibuat, hanya pemuda ditahan bersama dadah dan motosikal yang didaftarkan di atas nama beliau. Tiada tangkapan lain dibuat walaupun didakwa pada masa tersebut terdapat satu lelaki lain berada ditempat kejadian yang beredar sejurus sebelum serbuan dibuat.

Mahkamah Tinggi Ipoh bagaimanapun menetapkan tarikh-tarikh bicara selama 5 hari dalam bulan Oktober dan November bagi membolehkan kes ini didengar di hadapan Mahkamah Tinggi (5) Ipoh. Pihak pendakwaan memaklumkan penyerahan dokumen selaras seksyen 51A Kanun Acara Jenayah dibuat pada hari ini. 

Teruduh diwakili peguam Encik Hisham Nazir dan tiada ahli keluarga yang hadir di Mahkamah.

2 komen:

Anonymous said...

ada kososng utk praktikal ke

SH said...

Salam, praktikal dan Chambering selepas bulan 5/2011. Dah lepas selesai beberapa kes yang berserabut kepala.

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►