Tuesday, September 14, 2010

Kes Dadah Di Bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 Ditetapkan Untuk Bicara


Ipoh: Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 6 hari tarikh bicara ke atas seorang penganggur bagi satu pertuduhan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Tarikh pembicaraan akan bermula pada bulan Oktober dan November depan.

Kesemua dokumen telah diserahkan kepada pihak pembelaan, Encik Hisham Nazir dan representasi akan diajukan kepada pihak Peguam Negara dan dijangkakan dijetahui pada tarikh pertama perbicaraan samada satu pertuduhan alternatif akan ditawarkan atau sebaliknya.

Menurut pertuduhan pindaan setelah mendapat hasil analisa kimia, berat dadah berkurang dalam kuantiti yang agak banyak dan kini berat dadah jenis kanabis adalah melebihi sedikit daripada jumlah yang ditetapkan bagi satu pertuduhan bagi tujuan pengedaran.

Penganggur berkenaan yang masih bujang ditahan di rumah beliau di Ipoh setelah didatangi polis yang dikatakan tidak mengunci pintu rumah tersebut.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►