Wednesday, May 19, 2010

Selamat Hari Guru - Penjadualan Semula Hidup


Baru-baru ini Uchi Gaban bercerita mengenai penjadualan semula oleh Mahkamah. Tetapi ada satu perkara yang dah lama nak ditulis tetapi asyik terbatas dek masa kerana perlakuan yang tak serupa bikin. Takut ayat sendiri makan Tuan.

Tapi sempena bulan yang ada Hari Guru ini, Uchi Gaban menggunapakai kata guru. Kata guruku, "biar diri tidak seberapa tapi jangan membebankan orang. Yang baik dikongsi-kongsi, selebihnya urusannya dengan Allah".

Ayat "biar diri tidak seberapa tapi jangan membebankan orang' itu menceritakan mengenai beberapa kejadian yang nak Uchi Gaban kongsikan kelak mengenai "Ain" (pandangan jahat manusia). Tetapi di lain hari.

Dalam hidup, ada istilah hijrah. Maal Hijrah pun tidak pernah kita leka dalam menyambutnya. Walaupun hadiah tokohnya tidak sehebat dan se-gah Akademi fantasia, tapi nak buat macamana itu dah nasib agama Allah di mata pandangan mereka.

Dalam membahaskan soal hijrah atau suatu perubahan ke arah yang lebih baik. Kita tidak perlu menunggu tahun baru atau satu saat khas untuk mengubah cara hidup kita. Mungkin cara hidup kita telah baik dan agak diberkati. Baik dari sudut mata masyarakat mahupun di sisi Tuhan, masih tidak salah untuk mengubah kearah yang lebih baik dari itu. Bak kata budak silat,"upgrade cikgu!".

Selain kita menaiktarafkan satu perubahan kepada tingkah laku baikpun dalam beragama kita. Tidak juga menjadi ralat kalau kita meluangkan masa untuk mengubah pihak yang lain. Kalau guru, ada anak muridnya. Kalau pimpinan, ada pengikut dan rakyat serta masyarakatnya.

Kita sering berkata, "jangan biarkan hidup hari ini seperti semalam". Tapi ayat tinggal ayat. Tidak lebih daripada itu, maka tinggallah ayat itu bertasbih sendirian. Yang menariknya kata guruku; "biarlah hidup hari ini sama semalam. Daif dari semalam dengan ujian, tetapi hebat hatinya kerana iman dalam agama". Ayat kesufian ini melihat pandangan orang tua yang beragama lebih condong kepada perubahan kepada beragama kerana diyakinkan bahawa agama itu membimbing dunia. Bila beragama, semua dunia berjalan dalam keadaan fitrah tanpa dosa. Tapi itu orang tua berkata-kata. Yang muda belum lagi menyampuk.

Orang muda lebih suka kepada kulit dalam beragama dan berpegang pada asas syariah dalam menjalankan hidup. Kata mereka "selagi tak salah tidak apa". Kita bercerita orang muda hidup beragama. Belum yang hidup tak beragama. Mungkin ini gaya hidup yang buat ramai anak muda rambut pacak hijau kuning. Benda tidak salah.

Tetapi orang tua lebih suka cara hidup berbeza. Baik dalam beragama atau men-agamakan hidup kita. Kata guruku "Kalau kita ada pilihan, kenapa tidak dipilih terbaik. Terbaik bukan untuk kita tapi di mata orang lain. Kerana Ain pada mereka"

Sekadar untuk diambil ingatan, sesamalah kita berfikir apa yang kurang untuk ditambahkan. Masih banyak saf di masjid dan surau untuk dipenuhi. Masih banyak saudara seagamamu menuntut hak salam darimu. Hidupkan sunnah-sunnah yang kecil kerana kini ia dilihat seperti tidak penting lagi dan kezaliman akan timbul daripadanya.

1 komen:

Anonymous said...

thankk

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►