Monday, May 17, 2010

Remaja Direman 4 Hari Bagi Siasatan Kes Rogol

Gambar hiasan sahaja

Seorang remaja hari ini direman 4 hari bermula pada hari ini oleh pihak Majistret Putrajaya bagi membantu satu siasatan kes rogol. Bagaimanapun beliau yang diwakili peguam menyatakan beberapa hujahan bagi menolak permohonan reman pihak polis sehingga 27 Mei 2010.

Menurut pihak peguambela, ia adalah satu tuduhan liar yang tidak pernah dibuktikan malah Pengadu sendiri tidak tahu di manakah tempat dan masa kejadian tersebut. Malah dalam masa yang sama Pengadu turut menuduh beberapa remaja lain juga turut terlibat hubungan seks dengan beliau tetapi di tempat dan masa berlainan yang mana semasa perjumpaan sebelum ini gagal menyatakan apa jua tempat dan masanya.

Selain daripada itu, status remaja tersebut yang masih belajar dan bersama ibubapa beliau serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis sehingga kini patut diberikan perhatian bahawa satu tahanan reman yang lama tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Majistret membenarkan tahanan reman 4 hari sahaja bermula hari ini yang syarat penahanan reman hanya terhad kepada urusan spesimen, kawad cam dan mengambil keterangan saspek.

4 komen:

amar haziq said...

lagi2 kes rogol..salah siapa agaknya?

jenguk2 lah blog saya k;)
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

SH said...

Bunuh pun ada.. Takan nak cerita semua.. Cerita yg Ok-Ok je. Sekadar kongsi maklumat dan org ramai tahu apa nak buat kalau terjadi sedemikian. Selebihnya, terpaksa di simpan.

Anonymous said...

amar- encik sham ni pakar dan dah jadi lawyer rogol dah., tp kes jenayah lain biso jugak. nampak banyak kes 39B & bunuh lo ni. Putrajaya kerap naik, boh kayo!!

SH said...

Siap cop "pakar" tu.. boleh up la lepas ni kalau bagi talk.

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►