Tuesday, May 18, 2010

Pembicaraan Kes Rompakan Berkumpulan Ditangguhkan

Gambar hiasan

Mahkamah Sesyen hari ini menangguhkan satu kes rompakan berkumpulan yang mana dua lelaki Melayu dipertuduhkan di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. Kes yang ditetapkan untuk Bicara tersebut ditangguhkan apabila Peguambela yang baru dilantik memohon kepada Mahkamah yang Mulia untuk menangguhkannya atas alasan satu representasi akan dibuat oleh pihak Peguambela.

Antara alasan penting dalam representasi tersebut ialah satu laporan polis dan niat pihak Pengadu untuk menarik balik repot polis dalam kes ini dan tidak lagi berminat untuk meneruskannya.

Satu tarikh ditetapkan bagi keputusan representasi. Kedua-dua OKT hadir ke Mahkamah dan jaminan dilanjutkan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►