Friday, March 12, 2010

Lelaki & Perempuan Sama "Kami Mahukan Keadilan"

Hak samarata amat sinonim dengan beberapa perkara. Kini banyak tanpa mengambilkira syariat dan kelebihannya, ramai mengusung diri ke jalanan mahupun apa jua cara dalam mendapatkan hak sama rata kononnya.

Konon-kononnya kaum hawa adalah kaum tertindas dan dikrminasi oleh kaum adamnya. Nak itu tidak boleh, Nak ini pun tidak boleh. Jangan sampai ada nak jadi wali lepas ini.

Biasanya menjadikan kudrat, kuasa, pemikiran, akademik dan hak asasi menjadi topik tuntutan utama tanpa menyentuh syariat secara terbuka walaupun mungkin ada pertindanan. Ingat apa yang dijadikan Allah SWT telah terbukti adil.

Cuma untuk mengapikan lagi semangat hak samarata, saya nak bagi poin satu lagi kelebihan lelaki berbanding wanita. Dari sudut kebersihan, Islam meringankan kebersihan atas lelaki dan melebihkan sedikit atas wanita.

Bagi saya, poin ini bagus dari sudut positif, Allah SWT lebih menyayangi wanita dari sudut kebersihan tapi dari sudut nak mengapikan orang, saya fikir patut wanita di ringankan juga. Antara poin kebersihan ialah air kencing lelaki adalah najis mukhafafah sahaja. Kalau nak mula dengan hak samarata, anda boleh mulakan sekarang.

Tapi kalau nak tahu bagaimana cantiknya susunan Islam pada sudut ketentuannya, klik [di sini] dan jangan berhenti melihat perancanganNya.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►