Thursday, March 4, 2010

Disiplin Orang Tua Dalam Amalan

Minggu ini saya masih lead untuk Kembara KSSG 2010. Tahun ini kami ke Selatan Malaysia yang mana minggu ini bermula ke Negeri Sembilan setelah beberapa tarikh ditetapkan akan melawat beberapa tempat di Lembah Klang.

Antara yang disebut termasuk guru saya dan beberapa orang yang dianggap paling kanan dalam Seni Gayong, tokoh Seni Gayong yang kami lawati minggu ini lebih senior.

Dalam banyak perkara yang dibualkan saya ingin kongsikan satu perkara. Sudah tentu boleh diagak kerana awal lagi dinyatakan melalui tajuk di atas.

Bohong kalau saya katakan bagaimana cemburunya kita sebagai anak muda terhadap disiplin mereka dalam beramal dan konsistensi dalam silat mahupun kepada bidang agama.

Kata orang tua itu, kalau tidak dibuat amalan itu, perit dham nya. Boleh dilihat bagaimana disiplin dibentuk dengan ada denda pula kalau tidak dilakukan. Konsistensi ini berlanjutan daripada muda sehingga hampir umur ratusan tahun. Maka tidak hairanlah jika Melayu dahulu amat hebat.

Datuk saya sendiri bila dijentik papan, semua serangga dalam rumah datang beratur. Ada Melayu yang tepuk bas boleh mati tanpa boleh dibaiki lagi. Ada orang kita yang petik kelapa pakai tunjuk sahaja. Ada orang panggil senjata daripada jauh. Ada orang hantar senjata pergi berperang. Ada orang kata "daripada tumbuk wak tu, baik tumbuk batu besar sana". Terlalu banyak kehebatan orang kita. Kita saja yang malas dan tidak yakin.

Bukan ilmu Melayu menjadi pujaan. Tetapi bagaimana amalan yang berteraskan Quran diamalkan sepenuh hati selama bertahun-tahun mampu mendidik jiwa mereka ke arah tauhid dan keyakinan mereka ke satu tahap mustajab.

Saya bertanya kalau-kalau masih ada penganti sekiranya barisan datuk-datuk ini mati. Mereka masih mahu berkata "ya".

Tapi pesan mereka, "yang baru dan yang lama adalah sama kerana kami adalah tidak nampak dipandang (rendah diri) cuma bezanya suasana kami lebih Islam daripada zaman kamu"

Kita masih merangkak dengan doa makan. Jangankan doa lain. Beranikah kita meletakkan diri kita sebagai penganti mereka. Orang-orang tua ini mencabar. Masalahnya sanggup atau tidak kita menyahutnya.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►