Thursday, October 22, 2009

Sambung Bicara Dua Hari, Disambung Lagi...

Dua hari berkampung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menyelesaikan bicara pertuduhan rogol yang melibatkan mangsa bawah umur. OKT yang dipertuduhkan ialah seorang peniaga di Taman Bolton.

Saya menggunakan ayat 'berkampung' walaupun duduknya tidak seberapa kerana hanya kes dijalankan waktu pagi sahaja selama 2 hari. Tetapi nak tak nak, kesemua masa seharian saya telah diluangkan bagi kes tersebut.

Kes dijalankan dalam keadaan yang masih tenat batuk semenjak 3 minggu lepas. 2 kali dengan doktor dan 2 Breacol dihabiskan, tapi Allah SWT nak tunjuk yang semua tu tak sekunn. Maka sepanjang sambung bicara, cuba juga kontrol batuk tetapi nak buat macamana. Nak mohon MC, rasanya ini kes saya yang paling menarik hati saya dan hati saya agak lembut. Bukan kerana fakta tetapi soal kenapa saya buat kes ini.

Selepas dua hari bicara, kes akan disambung lagi dengan doktor yang tertangguh kerana pihak hospital enggan membekalkan dokumen perubatan lengkap mangsa kerana atas sebab privasi sedangkan dalam masa yang sama, pihak doktor meneliti dan menggunakan dokumen tersebut semasa memberikan keterangan. Selain daripada itu, masih ada saksi jurugambar yang hanya ada beberapa soalan klarifikasi.

Kes ini dirujuk kepada saya oleh seorang rakan. Katanya minta tolong saya tengokkan OKT ini atas beberapa sebab. Kalau saya mampu dan rasa mahu mewakilinya, saya boleh berjumpa dengan beliau. Kali pertama saya bertemu OKT ini pada awal tahun 2008 yang kemudiannya saya ambil dan wakili beliau dalam kes ini.

Memang dari sudut fakta, saya amat kasihan bagaimana hati dan keikhlasan seorang lelaki boleh dihancurkan oleh seorang wanita yang 'barai' yang mana beliau setuju untuk peristerikan. Beberapa fakta saya percaya atas dasar bahasa badan dan atas pengalaman.

Tetapi saya tegaskan atas sebab kewangan dan sokongan yang ada, saya tidak mampu mewakili beliau dan beliau redha atas keputusan tersebut.

Namun, entah kenapa saya tidak menolak untuk berbual dan bertemu dengan bapa beliau. Seorang berbangsa Melayu Sabah. Seorang yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atas kesederhana dalam hidupnya. Tetapi beberapa kerat kewangan yang berbaki dihabiskan dalam usaha tabligh dengan kumpulan beliau di seluruh Malaysia. Masih tidak mampu dari sudut kewangan untuk ke luar Malaysia untuk menyertai karkun lain.

Walaupun beliau hanya bercerita mengenai anak beliau, kehidupan beliau yang cuba disorokkan itu sedikit sebanyak menarik hati. Bukan susah orang seperti kita untuk bersyukur. Tetapi jarang yang melakukannya. Saya pun sama, bukan daripada kalangan yang mudah bersyukur. Ego terlampau tinggi tanpa menyedari kita ini masih hamba.

"kalau pakcik boleh membantu individu dan masyarakat Islam melalui tabligh, saya ambillah kes ini sebagai bayaran masa pakcik kepada sumbangan pakcik."

Rakan saya pernah bertanya; berapa yuran guaman kes ini? "dia ada bagi RM150.00, tapi saya belikan Quran dan beberapa buku untuk anaknya. Saya amat lega bila melihat dahi anaknya bertanda."

Ya Allah Ya Tuhanku, Lembutkan Hati Kami bagi Melihat Kebesaran Mu

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►