Tuesday, October 27, 2009

Ibu Jari, Kecil Yang Tidak Kita Perasan

Sabtu lepas semasa latihan silat pulut ada berlaku kesilapan perkiraan, bila berlaku sedemikian maka jatuhnya saya ibarat nangka. Bup!.. Jatuhan perlahan tetapi agak mengerikan. Mana tidaknya ada crack panjang bunyi dari bawah. Mohon jauh jariku patah.

Saya lihat jari saya OK dengan beberapa pergerakan. Maka tangan masih lagi safe & move kecuali ada seliuh sikit. Itu lebih dasyat sebab kalau tidak kena caranya, lagi lama tisu perlukan masa untuk sembuh. Maka lagi lamalah saya menahan sakit seliuh ini.

Setelah diurut sikit sebanyak oleh Dir, bakal panel pengurut KSSG, saya agak lega tetapi masih perlukan rehat kerana seliuh nampak agak serius.

Terpaksa la berbandage sehari dua. Nampak lebam dan pecah darah daripada dalam. Risau juga tengok keadaannya. Tetapi tangan nampak progress yang baik, tidak perlulah kerisauan membawa ke mana-mana hospital. Semalam sesambil buat kerja sempat mesej seorang doktor melalui Yahoo! Messenger bertanya soal tangan saya ini. Selain daripada ayat menyedapkan hati yang amat pada mulanya, masih ada cadangan kebarangkalian yang amat saya tidak menyukainya. Mohon dijauhkan. Apapun, doktor pakar itu memberikan saya consultation percuma. Promo trial katanya.

Dalam 2-3 hari ini, kereta tidak lagi menarik minat saya kerana ibu jari kiri yang cedera menghalang saya menyelia gear dengan baik. Masalah timbul bila berhenti dan ketika mahu gohek- gostan. Alhamdullilah, ia tidak menghalang saya menunggang Motor Honda berkuasa 100-0 cc untuk ke Mahkamah. Mujur ibu jari tangan kiri. Mujur, ada sokmo buah mujur - ayat biasa abah (ayah) saya.

Kehilangan atas sebab kecederaannya tidak merunsingkan. Mungkin bagi saya ia adalah kecederaan di sebelah kiri manakala saya banyak menggunakan anggota kanan. Tetapi sebagaimana yang dinyatakan tadi, nikmat pemanduan kereta telah hilang sama sekali.

Nikmat ibu jari kiri ini amat terasa kehilangan apabila saya sendiri terbatas untuk membutangkan dan mengkancingkan pakaian sendiri. Apatah lagi ada pakaian seperti tali leher dan blazer hanya dikenakan bila sampai di Mahkamah.

Walaupun ia sebelah kiri, tugas harian di Mahkamah turut terjejas dalam sekecil-kecil tugas seperti membawa fail dan membelek helaian buku serta menggariskan buku bagi menyediakan nota keterangan peribadiku. Tugas-tugas berat seperti mengangkat beg, fail utama kes dan membuka pintu boleh dilupakan sama sekali. Kecilnya tugasan-tugasan itu tetapi dengan kecederaan ini, saya menjadi 'cacat'.

Kita lupa yang kecil ini turut memberikan sumbangan yang besar kepada kita. Kita terlampau melihat jauh kepada sumbangan dan perkara besar tanpa memberikan peluang kepada yang kecil untuk dihargai.

Saya tersilap, maka saya memohon maaf kepada apa jua perkara kecil yang saya abaikan. Maafkan saya.


4 komen:

pB said...

moga cepat sembuh

SH said...

terimo kasih member!

Anonymous said...

Tidak menarik pada mulanya namun, ada pengakhiran yang baik dalam penulisan dan meninggalkan mesej yang baik serta tanda soal yang misteri. Anda mampu menjadi penulis yang hebat jikalau digarap bakat penulisan dengan sempurna. Saya tertarik dengan idea, apa maksud asal mengenai idea ini? - Jamri

SH said...

jamri, maksud asal sememangnya ini cerita benar. tetapi sindiran kepada kealpaan kikta kepada perkara kecil yg mampu mengubah semuanya

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►