Monday, June 1, 2009

Pemandu Lori Membuat Pengakuan Bersalah Memiliki Dadah

Seorang bekas pemandu lori yang ditahan pada 2007 dan direman sehingga kini menukar pengakuannya kepada bersalah pada hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Aslam Zainuddin. Menurut pertuduhan, beliau telah ditahan di Kampung Andalas Puchong dan dituduh memiliki lebih 900 gram dadah jenis kanabis di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya.

Tertuduh yang tidak pernah melantik peguambela tersebut diwakili peguambela daripada Tetuan H-N-C pada hari ini bagi menjalankan mitigasi dan rayuan bagi pihak beliau. Bagaimanapun, Peguambela beliau Encik Hisham Nazir memohon agar satu tarikh baru bagi fakta dan hukuman di tetapkan bagi beliau boleh membuat persediaan kerana baru sahaja dilantik oleh pihak Tertuduh.

Manakala Tertuduh mohon bercakap daripada kandang Tertuduh, memohon agar satu tarikh selepas September ditetapkan bagi beliau menghabiskan satu program Dakwah alQuran anjuran Penjara Sungai Buloh yang dikatakan disertai oleh beliau dan akan tamat pada akhir Ogos atau awal September 2009.

Setelah mengambilkira diari mahkamah dan peguambela, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan 1 Julai 2009 bagi tarikh fakta dan hukuman.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►