Wednesday, February 11, 2009

Tuan Guru Datuk Abdul Nik Aziz bin Haji Nik Mat

Gambar terbaru ni saya cilok kat kickdefella. Hasil gambar beliau mengenai Kelantan amat saya suka tengok. Hasil penulisan mengenai Husam Musa, buat saya makin menyampah kepada exco pimpinan muda PAS di Kelantan.

Saja saya letakkan gambar terbaru ini kerana sebelah kiri atas blog ini dah ada gambar Tuan Guru. Saya letak gambar Tuan Guru bukan kerana saya fanatik PAS atau ahli PAS tetapi kerana kepimpinan beliau di Kelantan amat sukar dicabar.

Dari sudut kebijaksana dan keintelektual beliau bukanlah suatu yang boleh dibanggakan kerana diikutkan fitrah, saya lebih layak rasanya.

Cuma pelaksanaannya beliau dalam kepimpinan adalah berdasarkan Islam yang benar. Maka segala keintelektual dan rasional dalam kepimpinannya sukar ditandingi. Beliau meletakkan Islam di tempat yang tertinggi yang memandu kesemua perkara di dalam kepimpinan beliau dan cara hidup beliau. Maka lahirlah wajah Islam melalui kesemua aspek di Kelantan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►