Wednesday, February 11, 2009

Pesan Imam Syafie Mengenai Hak.

Sebelum Imam Shafie kebali ke rahmatullah , beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan seluruh umat Islam :

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengerja 10 perkara .

1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan yang sia-sia dan berpada-pada dengan rezeki yang ada .

2.HAK KEPADA MAUT
Mengqhadakan kewajipan yang tertinggal, mendapat kemaafan dari orang yang pernah kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta pada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan sembahyang tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNGKAR & NAKIR
Tidak berdusta, bercakap benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati .

5. HAK KEPADA MIZAN
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6.HAK KEPADA SIRAT
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah .

7. HAK KEPADA MALIK
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu-bapa, bersedekah dan memperelokkan akhlak .

8. HAK KEPADA RIDHWAN
Berasa redha dengan qadha' dan qadar Allah, bersabar menerima bala, bersyukur atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI S.A.W
Berselawat ke atas Baginda, berpegang kepada syariat, bergantung pada Hadis, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH SWT
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mengcegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►