Wednesday, February 11, 2009

Sejauh Mana Pendidikan Melayu?

Adik, sini ada wi-fi ke? erm... apa tu, nanti saya tanyakan.
Adik, sini ada krimer tak? Krimer? Krim ker?... dia datang bawa krim kek.

Muka sama dengan aku. Loghat Melayunya likat. Aku pening, aku di zaman mana?


Hah! Cuba awak tengok tajuk saya tu. Boleh jawab soalan saya tu?. Tak boleh jawab, tolong dok tepi. Sekarang ini di Perak Melayu dok gaduh pasal kerusi. Kerusi Menteri Besar itu dan ini. Nasib baik tiada istilah meja menteri besar. Kalau tidak mahu ramai lagi yang bakal berkumpul. Melayu jugak nyer! Tapi jangan kerana saya bercakap pasal itu, maka anda semua buat andaian bahawa saya menolak tindakan Pakatan Rakyat mahupun sebaliknya kepada Barisan Nasional. Saya suka tengok rakyat senang saja. Itu pasal Melayu di Perak buat masa ini.

Kali ini kita mahu menyentuh soal pendidikan orang Melayu. Sejauh mana orang Melayu berpeluang dalam pendidikan dan mengambil bahagian dalam pendidikan. Orang yang bukan Melayu tiada peluang teruskan dalam saluran biasa, masih ada pilihan ke saluran luar biasa. Kolej la tu!

Bukan kerana depa kaya. Ramai yang toreh getah tampung anak belajar kolej lepas tu jadi lawyer. India mana taknak cerita la. Itu cerita yang sebaya saya. Yang dulu kala? Samy Vellu tak mahu sentuh. Dia sibuk dengan isu Perak. Mahu By-Erection lagi kat sana. (Jangan tegur saya punya English).

Ramai mana anak Melayu di luar sana yang tidak reti langsung nak membaca?. Kalau kementerian, mesti tahu angkanya. Tapi pernah jumpa mereka. Buang masa je jumpa mereka!. Cuba la jumpa mereka. Banyak anda boleh belajar. Bukan belajar daripada mereka tetapi belajar dari keadaan mereka seterusnya banyak kementerian boleh selesaikan masalah mereka ini. Bukan soal duit dan miskin saja. Bukan soal sekolah jauh saja. Itu semua boleh letak tepi, abah aku jalan kaki je ke sekolah berbatu-batu. tapi soal budaya dan sikap pendorong utama kepada kemunduran melayu.

Sebenarnya Melayu bukan mundur dari sudut yang tertentu. Malah Melayu mampu buktikan mereka hebat dan melebihi sesiapa sahaja. Bukan saya kata, tapi sejarah kata. Itu pun kalau sejarah dibaca betul-betul. Tarak tukar sejarah kan?

Melayu mundur kerana budayanya. Bukan lenggang tari dan kebaya ketat tetapi budaya merangkumi budaya hidup ke arah melahirkan pemikiran satu generasi ke generasi yang lain.

Satu kebiasaan, ramai di kampung anak remaja nak belajar setakat SPM saja. Secara tersirat, pelajaran setakat itu sahaja. Lepas itu boleh kerja dan dapat motor sendiri. Sebelum itu rempit pakai motor mak ayah. Bila dapat gaji da beli motor, eksyennya semacam. macam dunia ini dia yang punya. Makwe di bonceng. Pantang bunyi ekzos lain, semua nak bagi asap. Pernah budaya ini kita ubah?

Mungkin mak ayah di kampung sana tak nampak benda ini sangat. Buta ke apa? atau hanya turut kata anak-anak? Anak-anak pula turut pangkat abang-abang. Abang-abang ni hanya tahu begitu sahaja. Kan itu dah precedents nya. Orang yang nampak tak banyak tunjukkan contoh yang baik. Malah takde yang mempamerkan contoh atau satu jalan pilihan kepada kejayaan kepada mereka.

Kepada anak-anak muda universiti yang banyak masuk kampung buat program tu, saya ucapkan syabas kerana dulu saya pun begitu juga. Suka. Bukan suka masuk kampung jenguh anak dara manis orang, tapi amat bangga kalau kehadiran anda semua mampu masyarakat berkata dan meneruskan kata kepada anak-anak mereka

"Tengok si pulan yang tu, belajar tinggi kat Universiti tu, tubik esok-esok boleh gaji 3-4 ribu laluh"

Kalau masyarakat sudah mendapat idea untuk satu pilihan baru, maka norma dan budaya pendidikan yang biasa terterap dalam fikiran mereka iaitu belajar setakat lulus mungkin akan luput sedikit demi sedikit.

Orang besar-besar pun malas nak turun padang. Ini pun satu masalah besar bagi masyarakat kita. Kalau wakil rakyat cina (kebanyakan), dengar saja ada kekurangan, terus turun. Tak suruh pun dia mai intai.

Wakil rakyat PAS sekitar awal tahun 1990an juga begitu, kekadang pagi minggu banyak habis di majlis ilmu bersama rakyat dan petang bersama rakyat di kawasan tertentu termasuk kedai kopi tanpa dijemput dengan surat berjela ataupun hanya masa ada program. Sekarang?

Orang besar-besar segan nak turun. Mercedes nak turun basikal hanya berlaku masa musim pilihanraya. Rakyat kalau jumpa wakil atau pemimpin cium tangan cium pipi. Malah ada siap naik pentas bagi bunga (takde kaitan dengan sesiapa). Sayangnya dan sukanya rakyat kepada pemimpin yang mahu turun ke tempat mereka. Tapi berapa kali turunnya.

Turunlah acap sikit semoga dengan kehadiran pemimpin-pemimpin besar semua peringkat, maka mata mereka pun terbuka besar. Kata-kata kami amat berbeza dengan kata-kata kamu. Ubahlah mereka. Berilah sokongan kepada program kecil yang boleh merubah mereka seperti program disiplin seperti silat, kemasyarakatan seperti amal, gotong-royong dan macam-macam yang boleh dibuat. InsyaAllah, 20 tahun akan berlaku perubahan besar.

Berbanding budaya pemikiran dengan masyarakat cina, saya berpandangan kita terlewat dalam 50-60 tahun terkebelakang. Ambil langkah mudah bagi mendekatkan jarak itu.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►