Sumbang mahram merupakan satu seseorang tidak kira lelaki atau perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain yang mempunyai pertalian darah dengannya dan tidak dibenarkan berkahwin.
Hukuman bagi sumbang mahram adalah di bawah SEKSYEN 376B (1) KANUN KESEKSAAN
(1) Barang siapa yang melakukan sumbang mahram hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebatan.
Walaubagaimanapun, jika seseorang tersebut benar-benar tidak mengetahui bahawa lelaki atau perempuan yang dia melakukan persetubuhan adalah individu di bawah kategori yang boleh menyebabkan sumbang mahram, maka dia tidak boleh didapati bersalah sumbang mahram sepertimana di dalam SEKSYEN 376B 2(A)
OLEH: Maisarah Norkefli
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..