Tuesday, May 16, 2023

[1428.23] DEFINISI SERTA JENIS KETERANGAN SOKONGAN (CORROBORATIVE EVIDENCE) DI DALAM AKTA KETERANGAN


Maksud ‘corroboration’ telah diberikan definisi yang pelbagai. Antaranya, Lord Hailsham di dalam kes Kilbourne mengatakan bahawa perkataan "corroboration" dengan sendirinya bermaksud tidak lebih daripada keterangan yang cenderung untuk "menyokong" keterangan lain. Lord Morris dari Borth-y-Gest merujuk kepada kes Hester mencadangkan bahawa corroboration adalah keterangan yang cenderung untuk "menyokong / corroborate" keterangan lain. Maka, ia adalah keterangan yang menjadikan keterangan lain lebih berkemungkinan (more probable). (Lord Simon di dalam kes DPP v. Kilbourne, ms 758, memetik Lord Morris of Borth Gest, Lord Pearson dan Lord Diplock di dalam kes DPP v. Hester).
‘Corroboration’ dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu versi pertama adalah versi yang lebih ketat (strict) seperti yang direkodkan di dalam kes R v Baskerville, di mana Lord Reading memberi definisi ‘corroboration’ sebagai sokongan boleh diperolehi daripada keterangan keadaan tetapi sokongan dalam beberapa material tertentu cenderung untuk menunjukkan bahawa tertuduh melakukan jenayah yang didakwa. ‘Corroboration’ tidak semestinya keterangan langsung bahawa tertuduh melakukan jenayah itu kerana adalah memadai jika ia hanyalah keterangan mengikut keadaan kaitannya dengan jenayah itu. Versi kedua iaitu versi lebih lembut (soft) seperti yang direkodkan di dalam kes Heng Aik Ren Thomas lwn PP.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►