Friday, April 7, 2023

[1398.23] PERBERHENTIAN PEKERJA - LAST IN FIRST OUT


Last In First Out atau LIFO merupakan satu prinsip yang perlu diambilkira dan digunakan oleh pihak majikan dalam proses memberhentikan mana-mana pekerja atas alasan terdapatnya ‘redundancy’ / lebihan pekerja bagi tugas tersebut di tempat kerja. Mahkamah Industri mengesahkan bahawa prinsip ini adalah terpakai di Malaysia, namun ianya bukanlah satu prinsip mandatori yang perlu diikuti.
Prinsip ini menggariskan bahawa sekiranya majikan berhasrat untuk memberhentikan pekerja atas sebab terdapatnya lebihan pekerja atau ‘redundancy’, pihak majikan seharusnya menyimpan atau ‘retain’ pekerja yang telah lama berkhidmat ataupun perkerja yang bekerja dengan posisi tetap (permanent) berbanding pekerja yang baru ataupun pekerja yang bekerja di posisi tidak tetap (contract) dalam proses memilih pekerja untuk diberhentikan.
Walaupun terdapat banyak faktor lain untuk juga diambilkira seperti tahap prestasi pekerja dan sebagainya, namun sekiranya majikan berpendapat untuk tidak mengikuti prinsip ini, beban adalah terletak di atas bahu majikan untuk menjustifikasikan pilihan pekerja yang diberhentikan tersebut.
OLEH : NUR FARIHAH SYAHRIZA , PELATIH DALAM KAMAR


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►