Monday, January 30, 2023

[1364.23] CINA BUTA


"Cina buta tu apa Tuan?' tanya seorang klien bukan muslim.
Cina buta adalah terma bagi satu trik kalangan orang Islam bagi menjustifikasikan perkahwinan. Tak pasti kenapa cina yang dikatakan buta. Mungkin yang diupah adalah orang cina muallaf dan dia tak tahu tentang hukum Islam.
Apabila seorang wanita diceraikan sebanyak 3 kali atau diceraikan talak 3 maka wanita berkenaan tidak boleh berkahwin semula dengan bekas suaminya sehingga beliau berkahwin dengan lelaki lain, bercerai dan berkahwin dengan bekas suaminya.
Apa yang menjadi trik dan isu ialah ada lelaki yang diupah oleh bekas suami untuk mengahwini bekas isterinya dan kemudiannya diceraikan utk membolehkan beliau berkahwin semula. Setakat ini boleh follow?
Soalan ini pernah ditanya oleh seorang wanita kepada saya tentang plan suaminya berkenaan. Aduh! Nak tergelak saya.
"Mungkin ada nilai special yang dia bersungguh ni" pancing saya. Wanita itu gelak. Gelak berlebihan pulak.
Dia kata umurnya dalam 35 tahun. Muda lagi dan agak cantik. Dia cakap, bukan saya. Profile whatsapp dia gambar kereta. Mungkin sebab tu suami jadi gila bayang bila terlajak cerai sebanyak 3 kali. Mulut tak jaga..
Long story cut short, dia kata nak upah kawan pejabat yang bujang. Yang dah kahwin susah sebab nak kena minta izin. Kahwin siam pun kena daftar balik.
"Kahwin sehari, cerai la" jelas dia tentang plan cik abang dia.
Tapi saya terangkan bahawa perkahwinan perlu dipenuhi. "Ya la kahwin pastu cerai" kata dia.
Maksud saya malam pertama kena lalu la Puan. Malam pertama buat dia sebab Puan dan banyak malam siang dah. 🤣
"Kena ke?" Dia macam konfius.
Dia macam serba salah dan takut. Mungkin keliru. Saya ingatkan ini akan menjadi isu besar. Tetiba...
"Pucuk muda tu Tuan. Kang tak jadi cerai pulak" dia gelak. Aku tahan ja gelaknya.
"Itu nasib bekas suami awak la. Siapa suruh mulut celupar".. Dia gelak lagi.
Dengar kata dia dah kahwin tapi bukan dengan mamat sepejabat atau bekas suaminya. Dengan lelaki lebih berumur. Lelaki yang baru dikenal.
Cina buta atau perkahwinan dengan satu upah bukanlah satu perkara baik. Tetapi selagi mana akadnya sah sebagai suami isteri dan perjalanan sempurna (bab tu la), maka ia menjustifikasikan perkahwinan semula dengan belas suami.
Trik dan cara mudah dalam fekah sentiasa ada tetapi ia bukan cara mengambil mudah dalam bab agama. Cuma jangan terlalu melampau sehingga berlakunya penipuan kepada hukum hakam fekah. Antara perkara perlu dijaga ialah Nasab.
Teringat pada satu klien dulu. Ada orang minta dia jadi cina buta. "Dapat 4 ribu, sedxp dapat. Tapi bini tak bagi".. hahaha
Pasni kita cerita pasal suami pemalas kerja, bini minta fasakh.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►