Thursday, December 29, 2022

[1355.22] ESTOPPEL


Prinsip estoppel berkaitan dengan beban pembuktian dimana ianya menghalang seseorang daripada membuktikan fakta dalam sesuatu situasi. Ini boleh dilihat di dalam SEKSYEN 115 AKTA KETERANGAN yang memberi penerangan berkenaan dengan Estoppel dan menyatakan seperti berikut:-
“115. Estopel
Apabila seorang telah, dengan akuan, perbuatan atau peninggalannya, dengan sengaja menyebabkan atau membiarkan seorang lain mempercayai sesuatu perkara sebagai benar dan bertindak atas kepercayaan itu, yang jika tidak kerana kepercayaan itu, orang tersebut tidak akan bertindak sedemikian, orang itu atau wakilnya dari segi kepentingan tidak dibenarkan dalam apa-apa guaman atau prosiding antaranya dengan orang itu atau wakilnya dari segi kepentingan menafikan kebenaran itu.
MISALAN
A dengan sengaja dan secara palsu menyebabkan B percaya bahawa suatu tanah tertentu dipunyai oleh A dan dengan demikian itu mendorong B supaya membeli dan membayar harga tanah itu.
Kemudiannya tanah itu menjadi harta A dan A meminta supaya jualan itu ketepikan atas alasan bahawa pada masa jualan itu dilakukan dia tidak mempunyai hakmilik.
Dia tidak dibenarkan untuk membuktikan yang dia tidak mempunyai hakmilik.”
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►