Seksyen 325 telah memperuntukkan hukuman bagi mana-mana kesalahan yang disifatkan sebagai meryebabkan cedera parahg dengan sengaja yang mana undang-undang memperuntukkan hukuman pemenjaraan sehingga tempoh tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda. Seksyen 325 perlu dibaca bersama dengan Seksyen 320 bagi menentukan sama ada tindakan / kesalahan yang dilakukan tersebut benar-benar jatuh di bawah definisi jenis-jenis cedera yang dinamakan (considered to be) “cedera parah”.
Seksyen 320 menyatakan bahawa jenis-jenis cedera yang diklasifikasikan sebagai “cedera parah” adalah (1) hilang tenaga kelelakian (2) hilang selama-lamanya penglihatan salah satu mata (3) hilang pendengaran selama-lamanya pendengarah salah satu telinga (4) hilang sesuatu anggota atau sendi (5) binasa atau lemah selama-lamanya daya sesuatu anggota sendi (6) cacat selama-lamanya kepala atau muka (7) patah atau retak tulang atau selisih sendi dan (7) apa-apa cedera yang membahayakan nywa atau yang menyebabkan orang yang tercedera itu menderita kesakitan tubuh yang amat sangat, atau tidak boleh menjalankan pekerjaannya yang biasa selama 20 puluh hari.
Pendakwaan perlu membuktikan di Mahkamah bahawa OKT telah menyebabkan kecederaan, OKT berniat menyebabkan kecederaan parah tersebut dan OKT melakukannya dengan sukarelanya sendiri.
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..