Monday, December 5, 2022

[1331.22] PENGGUNAAN ADVERSE INFERENS SEKSYEN 114 (g) AKTA KETERANGAN


SEKSYEN 114(G) AKTA KETERANGAN menyatakan seperti berikut:-
114. Mahkamah boleh menganggap kewujudan fakta tertentu.
Mahkamah boleh menganggap kewujudan apa-apa fakta yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah mengambil perhatian akan perjalanan biasa kejadian semula jadi, kelakuan manusia, dan urusan awam dan persendirian, dalam hubungannya dengan fakta kes yang tertentu itu.
(g) bahawa keterangan yang boleh dikemukakan tetapi tidak dikemukakan, jika dikemukakan, tidak akan memberi faedah kepada orang yang enggan mengemukakannya;
Penggunaan ‘adverse inference’ di bawah SEKSYEN 114(G) adalah terletak atas budi bicara mahkamah dan ia terpakai ke atas kegagalan untuk memanggil saksi yang penting (essential or material witness). Ini merujuk kepada kes AMRI IBRAHIM & ANOR. V. PP [2017] 1 CLJ 617, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan, antara lain:
“(2) The power of the court to draw an adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act is discretionary. It depends on the circumstances of the case and particularly in cases where the material witnesses are not produced…”
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►