Tuesday, September 13, 2022

[1275.22] PEKERJA MENAMATKAN KONTRAK PERKHIDMATANNYA KERANA TERANCAM DENGAN BAHAYA DI TEMPAT KERJA


Seksyen 14(3) Akta Pekerjaan menyatakan bahawa seseorang pekerja boleh menamatkan kontrak perkhidmatannya dengan majikannya tanpa notis di mana dia atau tanggungannya serta-merta diancam bahaya melalui keganasan atau penyakit dan pekerja tersebut tidak bersetuju melalui kontrak perkhidmatannya untuk melalui keadaan tersebut.
Contohnya, seorang pekerja tidak boleh diarahkan bekerja di kawasan di mana penggunaan bahan kimia tertentu boleh menyebabkan pekerja sakit dan majikan tidak menghiraukan masalah kesihatan pekerja tersebut. Oleh itu, pekerja tersebut boleh menamatkan kontrak perkhidmatannya tanpa notis.
Seksyen ini bagi melindungi pekerja daripada majikan yang tidak berprinsip yang menawarkan kontrak sedemikian kepada pekerja dan meletakkan nyawa pekerjanya dalam bahaya.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►