Friday, September 2, 2022

[1268.22] KEADAAN (D) DI BAWAH SEKSYEN 39B(2A) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 BOLEH DIPERTIMBANGKAN MAHKAMAH BAGI ALTERNATIF HUKUM MATI


Dalam memberi interpretasi terhadap perkataan yang digunakan di dalam peruntukan undang-undang, terutamnya melibatkan SEKSYEN 39B(2) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 yang kini memberikan kuasa kepada Mahkamah untuk memutuskan hukuman alternatif hukuman mati kepada penjara seumur hidup dan/atau sebatan. Seksyen 39B(2) telah memperuntukkan bahawa mana-mana orang jika disabitkan kesalahan di bawah subseksyen (1), boleh dihukum dengan mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah, jika dia tidak dihukum mati, dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada lima belas sebatan.
Namun, SEKSYEN 39B(2A) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 telah memperuntukkan situasi-situasi dan/atau keadaan-keadaan yang Mahkamah boleh mempertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman alternatif kepada hukuman mati yang mana keadaan-keadaan tersebut adalah melibatkan situasi tiada bukti jual beli dadah berbahaya di masa apabila orang yang disabitkan telah ditangkap, kedua, tiada penglibatan ejen provokator, ketiga, penglibatan orang yang disabitkan adalah terhad kepada mengangkut, membawa, menghantar atau menghantar dadah berbahaya, keempat, bahawa orang yang disabitkan bersalah telah membantu agensi penguatkuasaan dalam membanteras aktiviti pengedaran dadah di dalam atau di luar Malaysia.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►