Terdapat beberapa elemen yang perlu dipenuhi dan dibuktikan satu per satu oleh pihak pendakwaan dalam membuktikan kesnya berkaitan sabitan bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Elemen-elemen tersebut merangkumi tiga perkara iaitu pertama sekali, (1) sama ada dadah yang dipersoalkan adalah dadah berbahaya sepertimana yang disenaraikan di bawah jadual pertama adb, keduanya adalah (2) dadah yang dipersoalkan adalah di bawah jagaan, kawalan dan milikan dan ketiga adalah (3) pengetahuan.
Bagi tujuan melengkapkan pembuktian bagi elemen pemilikan, Mahkamah perlu selanjutnya menilai sama ada berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan, telah dibuktikan elemen pengetahuan Tertuduh ke atas barang kes tersebut. Hendaklah diberikan perhatian juga jagaan dan kawalan semata-mata adalah tidak memadai di dalam membuktikan elemen pemilikan kerana elemen perlu disertakan dengan pembuktian pengetahuan.
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..