Friday, September 2, 2022

[1261.22] KESALAHAN MENGAJAR TANPA TAULIAH


Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 telah memperuntukkan kesalahan mengajar tanpa tauliah. Seksyen 15 menggariskan bahawa mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah subseksyen 79(3) Enakmen Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan.
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memberikan definisi dan takrif bagi perkataan ‘mengajar’ di bawah Seksyen 14 dan telah memutuskan bahawa undang-undang tiada mentakrifkan makna perkataan “mengajar” dengan itu makna yang terdapat dalam mana kamus adalah diterima pakai iaitu menyampaikan ilmu pengetahuan dalam apa-apa bentuk.
Jika disabitkan kesalahan berdasarkan kepada Seksyen 14 tersebut, mana-mana individu boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Namun, terdapat pengecualian bagi individu yang didapati mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam di kediamannya sendiri dan dengan kehadiran anggota keluarganya sendiri sahaja.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►