Tuesday, August 23, 2022

[1260.22] TERLANGGAR KERETA DARI BELAKANG AUTOMATIK KERETA DI BELAKANG BERSALAH, BETUL ATAU TIDAK?


Persoalan ini bukanlah muktamad kerana hal ini bergantung kepada fakta berkaitan suatu kes atau insiden yang berlaku untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah, selaras dengan prinsip undang-undang di dalam kes Leng Yang Sua & Anor v Ng Yen Ken & Anor [1986] CLJ (Rep) 448. Hal ini kerana fakta setiap kes adalah berlainan.
Namun, telah diputuskan di dalam kes Kamaruddin Mohd Nor & Anor v Soon Soo Moe & Anor [1998] 4 CLJ Supp 301 yang mana Mahkamah berpendapat bahawa adalah menjadi 100% kesalahan pemandu di hadapan apabila pemandu di hadapan masuk ke lorong pemandu di belakang secara mengejut dan tiba-tiba seterusnya menyebabkan pemandu di belakang tidak berkesempatan untuk menjaga jarak dan mengelak yang akhirnya menyebabkan kepada pertembungan dan pelanggaran dan hal ini juga boleh diaplikasi di dalam situasi semasa pusingan u-turn dibuat.
Maka, kebanyakan punca kemalangan langgar belakang adalah disebabkan oleh pemandu yang bertindak mengekori rapat kenderaan di hadapan. Jarak dengan kenderaan dio hadapan adalah penting dalam memastikan kenderaan dipandu dengan jarak selamat. Jarak selamat adalah dalam kiraan 2 saat mengikut kelajuan semasa cuaca biasa dan 3 saat jika jalan basah dan licin.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►