Tuesday, August 16, 2022

[1246.22] MENGGUNAKAN KENDERAAN YANG DIUBAH NOMBOR CASIS


Tahukah anda bahawa setiap kenderaan bermotor mempunyai nombor casis yang tersendiri dan nombor casis ini tidak boleh langsung diusik mahupun diubah. Bagi yang tidak tahu, nombor casis ini kadangkala dipanggil atau disebut sebagai nombor enjin.
Apakah yang dimaksudkan dengan mengubah nombor casis? Contohnya, nombor yang sedia ada tersebut telah diketuk ataupun ditampal.
Terdapat satu peruntukan dibawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyebut seperti berikut:-
"Jika mana-mana orang mempamerkan pada sesuatu kenderaan motor apa-apa lesen atau tanda pengenalan, plat atau dokumen yang telah diubah, diusik, diroksakkan, dicacatkan atau ditambah, atau apa-apa tiruan bagi sesuatu lesen, tanda, plat atau dokumen yang dikehendaki di bawah Akta ini untuk dibawa atau dipamerkan pada sesuatu kenderaan bermotor, apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada 1 tahun dan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya".
Terdapat situasi yang mana seseorang itu membeli kenderaan yang telah diubah nombor casis tanpa pengetahuannya. Dalam keadaan ini, walaupun dia menggunakan kenderaan tersebut tanpa pengetahuan bahawa nombor casis kenderaan tersebut telah diubah, dia boleh didakwa di Mahkamah.
Jadi, ingatlah untuk membuat pemeriksaan secara menyeluruh sebelum dan selepas membeli kenderaan motor. Terlepas pandang, buruk padahnya.
Ain Syafiqeen


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►