Friday, August 12, 2022

[1243.22] POLIGAMI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH SYARIAH ADALAH SUATU KESALAHAN


Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004 telah memperuntukkan bahawa poligami tanpa kebenaran Mahkamah adalah menjadi suatu kesalahan apabila seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana juapun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah. Maka, ia dikira sebagai melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.
Merujuk kepada suatu kes yang telah diputuskan di Marang, Terengganu pada 24.04.2019, fakta kes adalah seorang kakitangan kerajaan dikenakan hukuman denda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah atas dua kesalahan berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran, yang turut berdepan hukuman penjara tujuh bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan. Pertuduhan adalah disebabkan oleh tertuduh yang merupakan seorang lelaki yang sudah mempunyai isteri berusia 45 tahun didakwa berpoligami apabila berkahwin dengan pasangannya di sebuah masjid di Thailand pada 10 September 2018 tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Hakim Syarie atau pendaftar.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►