Wednesday, March 30, 2022

[1145.22] PEMECATAN PEKERJA (SEKSYEN 20)


Seksyen 20, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177 memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja yang dipecat tanpa sebab dan alasan yang munasabah. Seksyen ini memperuntukkan hak kepada seseorang pekerja memfailkan representasi untuk dipulihkan semula ke jawatan asalnya.
Pemecatan berlaku dalam situasi-situasi di mana Majikan memberhentikan perkhidmatan seseorang pekerja, atau pekerja dipaksa menamatkan perkhidmatannya atas kehendak majikan (forced resignation); dan/atau pekerja sendiri yang meninggalkan pekerjaannya atas sebab-sebab yang mewajarkan beliau berbuat demikian (pemberhentian secara terancang/constructive dismissal).
Pekerja yang menganggap bahawa beliau telah dipecat tanpa sebab dan alasan yang munasabah boleh menuntut untuk dipulihkan ke jawatan asalnya sahaja. Pekerja perlu mencabar pemecatan dengan memfailkan representasi dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemecatan/pembuangan kerja.
Representasi tersebut perlu dibuat secara bertulis kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia (KPPPM); dan boleh difailkan di Pejabat KPPPM yang berdekatan dengan tempat kerja.
Pegawai yang mengendalikan kes akan menetapkan tarikh untuk rundingan damai (conciliation). Majikan dan pekerja akan dipanggil melalui surat untuk menghadiri rundingan damai pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►