“Adakah perlu ada nombor kes dulu baru boleh buat permohonan di Mahkamah Tinggi?”
Jika telah ada nombor kes di Mahkamah Tinggi, permohonan boleh dibuat melalui Notis Permohonan, Saman Dalam Kamar atau Notis Usul (yang mana berkaitan). Tetapi jika tiada nombor kes, samada masih belum diberikan nombor kes atau memang tiada pemfailan utama di Mahkamah Tinggi, maka permohonan boleh dibuat melalui Notis Usul.
Biasanya dibuat bagi permohonan segera sebagai contoh permohonan semakan/permohonan kepada jaminan jika permohonan jaminan tidak diberikan di Mahkamah Bicara. Samada ia bersifat permohonan baru atau sementara rayuan dilupuskan oleh Mahkamah berbidangkuasa rayuan.
Selain itu banyak permohonan segera seperti Penangguhan hukuman/bicara, jaminan, dan mana-mana perintah lain yang memerlukan kesegeraan.
Formatnya adalah sebagaimana format biasa Notis Usul dan difailkan sebagai dokumen/kerta kausa baru bersama Afidavit Sokongan.
Namun kami nasihatkan pihak yang bertanya agar melantik peguam kerana Notis Usul sebegini adalah permohonan melibatkan isu undang-undang.
NOTA: Gambar Sekadar hiasan sahaja
MOHD HISHAM
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..