Friday, March 25, 2022

[1130.22] TANGKAPAN


Tangkapan adalah penahanan seseorang secara sah bagi menjawab apa-apa pertuduhan yang menyalahi undang-undang. Terdapat dua jenis tangkapan bagi sesuatu kesalahan iaitu kesalahan boleh tangkap tanpa waran dan kesalahan tidak boleh tangkap tanpa waran.
Dua keadaan bagi menentukan sama ada kesalahan itu boleh ditangkap tanpa waran atau sebaliknya adalah dengan merujuk kepada peruntukkan Akta itu sendiri atau ia diperuntukan oleh Jadual Pertama Kanun Prosedur Jenayah
Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) menyatakan bahawa apabila pegawai polis atau orang lain hendak melakukan tangkapan, beliau hendaklah menyentuh atau mengurung badan orang yang hendak ditangkap itu, melainkan jika ia menyerah diri melalui percakapan ataupun tingkah lakunya.
Seksyen 15 (2) KPJ menyatakan bahawa jika orang yang hendak ditangkap itu melawan dengan kekerasan atau cuba lari daripada tangkapan, maka pegawai atau orang yang berkenaan boleh menggunakan kesemua langkah yang perlu untuk melaksanakan tangkapan itu.
Namun begitu, Seksyen 15 (3) KPJ menjelaskan bahawa peruntukkan tersebut tidak memberi hak kepada sesiapapun untuk menyebabkan kematian pada seseorang yang tidak dituduh dengan kesalahan yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►