Friday, March 25, 2022

[1129.22] MENYEMBUNYIKAN MAKLUMAT DARIPADA PEGUAM


Jika anda mahu melantik peguam, maka antara perkara pertama yang anda perlu ingat ialah "jangan sembunyikan apa-apa maklumat daripada peguam anda".
Dengan maklumat penuh, peguam boleh menilai dan membuat kerja guaman sebagaimana kehendak dan selari dengan perundangan yang mana mungkin anda selaku anakguam hanya memahami atau tahu setakat fakta. Tetapi isu perundangan dan teknikalitinya hanya difahami oleh peguam yang penyembunyian maklumat akan membuat kes anda tersalah arah.
Dalam karier saya selama hampir 2 dekad, terdapat 2 kes yang terjadi sebegini. Telah diingatkan dan ditanya berkali-kali tentangnya. dalam kes pertama melibatkan seksyen 323/326A, anakguam menyembunyikan satu dokumen pendakwaan atas alasan fikirkan ia tidak penting dan peguam tidak perlu tahu.
Kes kedua kes melibatkan penjawat awam yang semasa memberikan keterangan bercanggah atas sebab keterangan sedemikian lebih elok dan cantik katanya. Kedua-dua kes telah disabit salah dan saya menarik diri kemudiannya.
Hampir kesemua yang hadir mengatakan mereka faham dan mahu kes dijalankan sebagaimana kehendak mereka sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang kesnya. Tidak juga memahami sudut perundangan.
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►