Friday, March 25, 2022

[1123.22] PERSEDIAAAN PLIDING DAN SOALAN DALAM BICARA


Antara keralatan yang amat saya kesalkan bila saya terima banyak Rekod Rayuan menunjukkan peguambela yang menjalankan kes di Mahkamah Bicara tidak berpengalaman dan bersedia untuk melakukan bicara penuh.
Bukan saya katakan mereka ketinggalan dalam bakat atau kemahiran tetapi gagal aplikasi dengan cara tepat dalam memberikan keadilan hak bicara kepada anakguam.
Buat peguam muda atau peguam yang baru ingin melakukan litigasi sivil atau jenayah, saya nasihatkan anda bukan sahaja tahu melalui pembelajaran dan pembacaan tentang isu yang ingin diwakili. Jangan bermain dengan harapan anakguam mahupun eksperimen nyawa mereka hanya kerana ada anakguam memohon pertolongan.
Selain itu, dapatkan input melalui kes-kes perundangan yang terkini bagi mendapatkan isu dan poin pro dan kontra dalam membina pliding dan soalan balas dalam bicara penuh.
Malah banyak soalan utama dan balas tidak respon kepada pematahan dan sokongan kepada pliding utama. Mereka lupa beban membuktikan pliding mereka.
Manakala di dalam kes jenayah, banyak soalan berdasarkan fakta dan isu yang difikirkan patut tetapi melupakan susunan soalan bagi mematahkan elemen dan pertuduhan asasnya. Dah habis bab tu baru boleh enjoy dengan soalan sampingan. Tetapi boleh dibina dalam bentuk puzzle sebagaimana dibuat kebanyakan peguam senior.
Jangan takut untuk membaca jurnal perundangan dan memiliki jurnal perundangan yang baik.
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►