Thursday, March 24, 2022

[1112.22] NEGATIF TENTANG PENSYARIKATAN - PENUBUHAN BAGI KERJA ORGANISASI


Terdapat trend sekarang ini penubuhan syarikat dibuat bagi menjalankan aktiviti bukan perniagaan tetapi lebih kepda NGO yang turut melibatkan para penggiat berkonsepkan agama. Sebagai contoh pusat pengajian, pusat kebajikan anak yatim, tahfiz, asnaf dan sebagainya.
Jika ia berkonsepkan agama tetapi dalam landas perniagaan sebagai contoh pusat pengajian yang beryuran dan berkonsep perniagaan, maka ia boleh dijustifikasikan. Namun kini banyak menggunakan sebagai medium dan mengutip derma kepada akaun syarikat berkenaan. Pada asasnya netizen menyangka ia didaftarkan sebagai pertubuhan/persatuan di bawah ROS atau mana-mana badan agama khusus kerana penggunaan nama seperti Darul Huffaz (sebagai contoh sahaja) tetapi tidak menyatakan ia merujuk kepada Darul Huffaz Enterprise and Trading Sdn Bhd (contoh).
Maka penggunaan dana derma dan aliran wang tidak sebagaimana penggunaan untuk kebajikan atas alasan ia melibatkan syarikat. Walaubagaimanapun, masih boleh dikenakan beberapa kesalahan syarikat dan juga kesalahan jenayah lain termasuk pengambilan deposit, derma haram dan juga pecah amanah dalam beberapa sudut.
Namun, perlaksanaan melalui syarikat menjadikan ia 'tricky' dan apa yang penting dalam konteks kemasyarakatan, ia mengaburkan perjalanan modus operandi mereka sekaligus menipu masyarakat umum. Banyak terjadi sekarang ini termasuk oleh merekayang tidak disangka-sangka.
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►