Thursday, March 24, 2022

[1109.22] RAKAN SUBAHAT


Prinsip umum berkenaan dengan rakan sejenayah telah dijelaskan di bawah s 133 Akta Keterangan 1950 . (An accomplice shall be a competent witness against an accused person; and a conviction is not illegal merely because it proceeds upon the uncorroborated testimony of an accomplice)
Rakan sejenayah atau accomplice telah ditakrifkan di dalam kes PP v. Abdul Azizsou & Ors [1978] 1 MLRH 170 sebagaimana berikut:-
An accomplice is a person who has concurred in the commission of an offence.
Walaupun s 133 Akta Keterangan 1950 membenarkan tertuduh disabitkan kesalahan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh rakan sejenayah tanpa sebarang keterangan sokongan, namun mahkamah bicara hendaklah memberi amaran tentang bahaya sabitan tanpa keterangan sokongan terhadap keterangan yang diberikan oleh rakan sejenayah.
Mahkamah bicara juga boleh mensabitkan berdasarkan keterangan rakan sejenayah semata-mata. Mahkamah bicara juga perlu rasa selamat untuk membuat sabitan jika berdasarkan keterangan rakan sejenayah tanpa wujudnya sebarang keterangan sokongan.
NOTA: Gambar sekadar hiasan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►