Talaq yang dilafazkan di luar Mahkamah adalah sebenarnya suatu kesalahan syariah.
Seksyen 124 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (WWP): Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah
“Seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.
1. Sekiranya lafaz talaq tersebut tidak jelas (seperti “aku pulangkan kau kepada ibubapa kau”, “aku tidak mahu bersama kau lagi”), akan berlaku banyak masalah dan/atau kekeliruan.
Hakikatnya, terdapat banyak kes di mana apabila ditanya Hakim, suami tidak mahu mengakui bahawa dia sememangnya berniat untuk menceraikan isteri semasa membuat lafaz tersebut. Maka isteri akan sentiasa dalam keadaan berasa serba-salah kepada Allah sekiranya suami tidak berlaku jujur semasa menjelaskan niat kepada Mahkamah dan mereka kembali hidup sebagai suami isteri dalam keadaan tidak tentu/was-was.
2. Prosedur cerai dalam Mahkamah memberi masa kepada suami isteri untuk benar-benar memikirkan semula sama ada mereka patut berpisah. Sekiranya salah satu pihak tidak mahu bercerai, Mahkamah akan memberi peluang kepada pasangan untuk berbincang di hadapan jawatankuasa pendamai (lebih dikenali sebagai “JKP”), dan jika masih tidak berjaya, kes akan dirujuk pula kepada “Hakam”, iaitu perbincangan lanjut antara wakil pihak-pihak supaya dapat berdamai atau masih meneruskan dengan cerai.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..