Friday, December 24, 2021

[1060.21] APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA TERLIHAT HAIWAN DIZALIMI?


Isu kebajikan haiwan telah banyak diketengahkan terutamanya oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, yang telah menjalankan beberapa program bertujuan memupuk orang awam tentang Amalan Penternakan Haiwan Yang Baik ataupun ("Good Animal Husbandry Practice"). Selain itu, pihak Jabatan juga berperanan besar dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab melakukan kezaliman terhadap haiwan.
Definisi yang jelas berkaitan apa itu perbuatan ‘menzalimi haiwan’ dapat dilihat daripada definisi haiwan di dalam Seksyen 43, Bahagian IV, Akta Binatang 1953 (Semakan-2006) (Akta 647) serta perbuatan-perbuatan yang dikira sebagai menzalimi di dalam Seksyen 44 (1)(a) sehingga (g)sebagai rujukan.
Justeru. pihak berkuasa veterinar, merujuk kepada Seksyen 45, mempunyai kuasa antaranya adalah dengan cara menangkap tanpa waran, memeriksa mana-mana orang yang dilihat melakukan kesalahan seperti deskripsi di bawah Seksyen 44 tersebut. (Lain-lain kuasa adalah berdasarkan Seksyen 45)
Konklusi, jika mana-mana pihak terlihat sebarang perbuatan yang dikira sebagai menzalimi haiwan, aduan bolehlah dibuat kepada Pegawai Penguatkuasa (sebagai Pihak Berkuasa Veterinar) di Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►